Skip to main content

BLOGGER

Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi berkunjung ke halaman blog IZZAH. Mai Cheq izzah cerita sikit asal usul saudagar kurma Qaseh Gold ni. Nama diberi Hafizah. Hafizah bermaksud Yang Memelihara. Boleh panggil izzah yang bermaksud 'MULIA'. Berasal daripada Kg Telaga Haji Latiff, Guar Sanji, Arau Perlis @ dulu-dulu orang panggil kg Kubang Bodoh. Bodoh la sangat, tapi yang ada la ni cerdik-cerdik belaka ha ha. Anak bongsu daripada 5 beradik. Mak Cheq izzah bernama Telasiah @ panggilan cheq samsiah orang kampung panggil. Sudah kembali bertemu Ilahi pada tahun 2010, sehari sebelum Raya Haji. Ayah Cheq Izzah bernama Ismail. Seorang petani yang kuat bekerja, kagum dengan ayah. Juga sudah kembali ke pangkuan Ilahi semasa Cheq Izzah baru masuk tingkatan 4 2003. Dulu sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Changkat Jawi, juara hafazan dan olahraga, suka sangat main bola jaring yeay !! Darjah 6 dapat 5A ha cerdik kan orang Kubang Bodoh huhu. Lepas tu sambung tingkatan 1 di Sekolah Menengah Agama Perempuan Kangar, duduk asrama. Mak suruh pi sekolah agama, kalau tak dapat Sekolah Sains. Cheq Izzah duduk asrama dari tingkatan 1 hingga 5, rumah jauh jadi kena dok asrama la. Bermulanya hidup berdikari. Minat berniaga sejak sekolah lagi.... penatnya menaip, bersambung ye


Kita sambung ye... kat sekolah menengah subjek paling suka adalah matematik... A+ daripada form 1 sampai form 5. Kelab yang aktif usahwan muda. Kat sekolah menengah pun aktif main bola jaring sampai form 5, so masa sweet 17 dulu memang kurus keding. Habis form 5 sambung UM Nilam puri asasi program belajar bahasa arab, huh memang best. Kat sini terkejut beruk sebab dah masuk alam campur lelaki pompuan, dulu kat sekolah 5 tahun tak campur. Di sinilah mula cinta monyet haha. Cinta lah sangat..ramai peminat. 2 tahun di Kelantan banyak kenangan terpaksa tinggalkan mak dikampung untuk sambung belajar. Lepas tu sambung ke UMKL wow memang mencabar. Tapi syukur alhamdulillah, Allah sentiasa pelihara. Anak kampung pi belajar kat kota, memang mencabar, terpaksa pakai niqab sebab banyak gangguan yang tak sanggup nak hadapai jiwa kacau. Ok kat um belajar pengajian Islam dan sains gunaan (Teknologi maklumat aka multimedia). Kepakaran Al-Quran dan Multimedia itu memang dapat apply sampai sekarang. Cheq izzah memang minat bidang Al-Quran. Cuma hafazan je tak dapat nak commit. Ok 4 tahun di UM sebelum konvo cheq izzah dah bertunang dengan sorang ust mamat ni. Tak sangka nak jodoh ngan dia pun. Rahsia Allah kan.. hihi. Hari konvo DIA datang bersama familinya. Hai malu sangat. bersambung lagi..


Comments

Popular posts from this blog

ADAKAH FIBROID MEMBAHAYAKAN NYAWA?

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundit kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser. Kebanyakkan simptom yang dihadapi oleh wanita ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid, darah haid yang banyak. Kadang-kadang dia boleh menghadang pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean Bagaimana Wanita Boleh Menghidapi Fibroid? Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun, kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid. Fibroid terjadi kebanyakkan pada mereka yang berusia 30-40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin me

BUASIR MEMBAWA MAUT JIKA TIDAK DIRAWAT

APA ITU BUASIR? Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur . Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran. GEJALA Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekitar bahagian dubur. Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur.Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit. AMALAN BAIK MENGELAK BUASIR Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidu

TANDA-TANDA AWAL RESDUNG

Tanda-Tanda Awal RESDUNG Perlu Anda Tahu Antara tanda awal penyakit sinusitis ialah hidung berhingus, berbau busuk dan tersumbat. Pesakit juga mengalami sakit kepala di bahagian dahi dan pipi terutama sewaktu tunduk dan sujud. Hingus yang kuning kehijauan juga boleh terkumpul di bahagian tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk. Penyakit sinusitis boleh dipastikan dengan melakukan x-ray pada rongga sinus. Tanda-tanda penyakit resdung mengikut bahagian badan : Rongga Dahi - Migrain atau sakit kepala - Kelemumur atau gatal-gatal kulit kepala - Keguguran rambut Rongga Mata - Gatal mata, mata berair, bengkak atau sakit - Penglihatan kabur Rongga Hidung - Selsema / bersin berpanjangan - Hidung tersumbat / bernanah / berbau - Kurang deria bau - Sakit di pangkal hidung Rongga Telinga - Gatal dalam lubang telinga - Telinga sakit / bernanah / berbau - Masalah pendengaran Rongga Pipi - Masalah jerawat - Kemerahan di bawah mata dan pipi - Rasa sakit / gatal di muka Rongga