Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

CABARAN 2015

Maklumat terperinci klik link : http://www.qaseh2u.com/kick%20off%202015/

Jelajah Qaseh Gold C-Mart 2

Sunnah Food Workshop Qaseh Gold : Tak Kenal Maka Tak Cinta

Alhamdulillah rania-rania hebat Qaseh Gold telah menjalani Workshop bagi menambah ketajaman ilmu tentang makanan sunnah Qaseh Gold, semuanya bersemangat dan teruja untuk meyebarkan kebaikan dan manfaat Qaseh Gold. Moh kita tingkatkan nilai hidup dan ekonomi keluarga dengan kehebatan makanan sunnah Qaseh Gold. Seramai 27 peserta ini akan menjadi konsultan Qaseh Gold setelah mendapat panduan dan teknik terbaik untuk servis pelanggan Qaseh Gold, insyaAllah Qaseh Gold merupakan salah satu ikhtiar untuk menjaga kesihatan dan penyembuhan penyakit.

Seminar Pemakanan Sunnah - Di Perlis Disember ini... Daftar berpasangan RM50 seorang

Boleh mendaftar dengan saya juga (Izzah) stokis qaseh gold Kangar. Boleh whatsapp/call/sms/viber ke  012-5147907.  Pembayaran boleh melalui ATM, pemindahan wang segera @ cash sebelum 30 November 2014. Daftar segera kerana tempat adalah terhad. Akaun bernama HAFIZAH BT ISMAIL: Selain dapat mengetahui rahsia kehebatan makanan sunnah warisan para nabi. Anda semestinya peserta yang bertuah kerana akan ada cabutan bertuah pada seminar tersebut, insyaAllah. 

TAMBAH ILMU BARU UNTUK BAHAGIA 'Revolusi Hati'

Alhamdulillah, bertuahnya diketemukan dengan Pn Diyana Tahir, seorang insan yang telah mengecapi nilai bahagia dalam hidupnya setelah merasai saat2 gelap dalam hidupnya sebelum ini, sesungguhnya Allah sangat mencintai hamba-hambaNya. Carilah cinta Ilahi, dengan mencintai insan2 disekeliling kita. Maafkan kesalahan diri sendiri dan orang lain. Sayangi diri sendiri dan orang lain. Binalah hubungan yang akrab dengan sang pencipta 'Allah' untuk meraih kebahagiaan yang abadi.

BUKU PILIHAN BULAN NI

Nak jadi ummi yang bijak mesti banyak membaca dan tambah ilmu. Bulan ni nak hadam 1 buku ni insyaAllah. Pembelajaran sepanjang hayat. Ilmu Allah maha luas.

CUTI-CUTI MALAYSIA : MASA BERKUALITI BERSAMA KELUARGA

Di puncak Gunung Mat Cincang, Langkawi. *Muhammad Al-Fateh pegang teropong tak lepas. Fatin Najihah pula minta dilepaskan nak berlari2 atas gunung. Pemandangan dari atas, kat belakang tu laut. Subhanallah cantik sangat. Pantai Cenang Walaupun percutian pendek, namun dapat bersama insan2 tersayang adalah satu nikmat yang sungguh bermakna. Langkawi kami datang lain na.

PROMOSI SEMPENA AIDILFITRI 2014

  Valid untuk pembelian secara ONLINE & OFFLINE.  RM1 kita sumbangkan untuk GAZA

LOKASI KAMI DI KANGAR

Diari Seorang Guru Kafa - Tahun 4 SK Sena

Masuk kelas, sebelum mengaji kita nasyid Asmaul husna  dulu. Memperbetulkan bacaan. Anak murid yang suka snap picture ustazah, rajin dia ni. Kuiz Jawi, meneka perkataan, siapa menang ?? Jamuan sambut Ramadhan, menu kek coklat Muhammad Ammar (mak dia buat sendiri), kek caramel, mak Adriana Syahirah buat, aiskrim jagung beli kat pasaraya seri utama je. Marhaban Ya Ramadhan !!!

Rentetan Hidup sebagai Rakan Niaga dan Stokis Qaseh Gold

Key in belian rania di www.anaedar.com Packing qaseh kemas2 supaya tak kemek sana sini dengan kotak  kemuadian baru masuk dalam flyer poslaju. Kemas tak cheq balut? Bulan ni bonus rakan niaga dan komisyen stokis tambah dua-dua dah capai 4 figure . Syukur alhamdulillah, kanda senyum gembira dengar berita ni. Bertambah2 sayang dan tinggi nilai sokongan kepada dinda. Sentiasa meniti dibibir kanda dalam nada seloroh... dinda kan Jutawan Qaseh, amin ya Allah. 25 Jun 2014 (8.00pagi -5.00petang)  Buka Booth di depan pintu masuk KWSP, Kangar Masih ramai yang belum tahu tentang Qaseh Gold ni, yang tahu hanya yang aktif facebook. Tak pe kita sebarkan lagi manfaat Qaseh Gold kepada semua. Dila dan Ibu Kak Mira gigih menyampaikan kehebatan Qaseh gold.