Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi berkunjung ke halaman blog IZZAH. Mai Cheq izzah cerita sikit asal usul saudagar kurma Qaseh Gold ni. Nama diberi Hafizah. Hafizah bermaksud Yang Memelihara. Boleh panggil izzah yang bermaksud 'MULIA'. Berasal daripada Kg Telaga Haji Latiff, Guar Sanji, Arau Perlis @ dulu-dulu orang panggil kg Kubang Bodoh. Bodoh la sangat, tapi yang ada la ni cerdik-cerdik belaka ha ha. Anak bongsu daripada 5 beradik. Mak Cheq izzah bernama Telasiah @ panggilan cheq samsiah orang kampung panggil. Sudah kembali bertemu Ilahi pada tahun 2010, sehari sebelum Raya Haji. Ayah Cheq Izzah bernama Ismail. Seorang petani yang kuat bekerja, kagum dengan ayah. Juga sudah kembali ke pangkuan Ilahi semasa Cheq Izzah baru masuk tingkatan 4 2003. Dulu sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Changkat Jawi, juara hafazan dan olahraga, suka sangat main bola jaring yeay !! Darjah 6 dapat 5A ha cerdik kan orang Kubang Bodoh huhu. Lepas tu sambung tingkatan 1 di Sekolah Menengah Agama Perempuan Kangar, duduk asrama. Mak suruh pi sekolah agama, kalau tak dapat Sekolah Sains. Cheq Izzah duduk asrama dari tingkatan 1 hingga 5, rumah jauh jadi kena dok asrama la. Bermulanya hidup berdikari. Minat berniaga sejak sekolah lagi.... penatnya menaip, bersambung ye
Kita sambung ye... kat sekolah menengah subjek paling suka adalah matematik... A+ daripada form 1 sampai form 5. Kelab yang aktif usahwan muda. Kat sekolah menengah pun aktif main bola jaring sampai form 5, so masa sweet 17 dulu memang kurus keding. Habis form 5 sambung UM Nilam puri asasi program belajar bahasa arab, huh memang best. Kat sini terkejut beruk sebab dah masuk alam campur lelaki pompuan, dulu kat sekolah 5 tahun tak campur. Di sinilah mula cinta monyet haha. Cinta lah sangat..ramai peminat. 2 tahun di Kelantan banyak kenangan terpaksa tinggalkan mak dikampung untuk sambung belajar. Lepas tu sambung ke UMKL wow memang mencabar. Tapi syukur alhamdulillah, Allah sentiasa pelihara. Anak kampung pi belajar kat kota, memang mencabar, terpaksa pakai niqab sebab banyak gangguan yang tak sanggup nak hadapai jiwa kacau. Ok kat um belajar pengajian Islam dan sains gunaan (Teknologi maklumat aka multimedia). Kepakaran Al-Quran dan Multimedia itu memang dapat apply sampai sekarang. Cheq izzah memang minat bidang Al-Quran. Cuma hafazan je tak dapat nak commit. Ok 4 tahun di UM sebelum konvo cheq izzah dah bertunang dengan sorang ust mamat ni. Tak sangka nak jodoh ngan dia pun. Rahsia Allah kan.. hihi. Hari konvo DIA datang bersama familinya. Hai malu sangat. bersambung lagi..
Comments
Post a Comment