Skip to main content

BERITA ANA - KOSMO 8 FEB 2011

Penerus legasi Ana Edar


HASNIZA bersama sebahagian daripada produk Ana Edar.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Pepatah itu mungkin menjadi pegangan wanita kecil molek, Hasniza Hassan sehingga berjaya membantu mengangkat legasi perniagaan milik arwah bapa mertuanya, Othman Omar. Perniagaan itu diasaskan pada tahun 1983 dengan jenama Ana.
Wanita berusia 37 tahun yang pernah bergelar pensyarah itu adalah Pengarah Pembangunan Perniagaan Ana Edar Sdn. Bhd. (Ana Edar). Hasniza membantu Pengarah Urusan Ana Edar, Lokman Othman, 37, yang juga suaminya.
Berbekalkan semangat dan tekad untuk meneruskan kelangsungan perniagaan warisan keluarga, pasangan suami isteri yang juga graduan Undang-Undang dan Syariah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berjaya menguruskan perniagaan dengan baik walaupun tanpa sebarang pengalaman dalam bidang perniagaan.
Walaupun jenama Ana telah bertapak di pasaran sekitar tahun 1983 dengan memasarkan produk kegunaan harian, Hasniza mula terlibat dalam perniagaan tersebut pada tahun 2000 yang memasarkan produk makanan tambahan berasaskan Islam.
Menurut Hasniza, penglibatannya dalam Ana Edar lebih kepada membantu mengembangkan perniagaan suaminya.
"Jenama Ana yang sudah 27 tahun bertahan bermula dengan jualan produk minyak wangi, bedak dan syampu. Dulu Ana memasarkan produk yang memang dicari-cari seperti produk kegunaan harian yang suci dan terjamin halal pembuatannya.
"Dahulu perniagaan ini dijalankan oleh arwah ayah dan ibu iaitu Othman Omar dan Esah Omar yang menjadi pengasas Ana sebelum diserahkan kepada suami saya, Lokman pada tahun 2000 selepas arwah meninggal dunia," katanya.
Tambahnya, dia dan suami hanya meneruskan perjuangan arwah untuk memasarkan produk alternatif berupa rangkaian produk halal dan suci, pada masa yang sama melahirkan usahawan Muslim berdaya saing dan berkemahiran.
Pada tahun 1988, perniagaan Ana Edar yang berteraskan perniagaan pelbagai peringkat (MLM) mendapat sambutan yang memberangsangkan.
"Selain menjual produk yang bermutu dan sesuai untuk kegunaan masyarakat, Ana Edar pada masa yang sama memberikan peluang perniagaan kepada orang ramai dengan berlandaskan syariat.

SYARIKAT Ana Edar membuka peluang perniagaan kepada orang ramai.


"Kami mengamalkan pelan pemasaran lebih terbuka dan tiada apa yang perlu disorokkan kepada mereka yang terlibat. Pendapatan mereka adalah hasil daripada keuntungan jualan, komisen dan pembayaran bonus bergantung kepada hasil jualan," ujarnya.
Kini, Ana Edar mempunyai lebih 40 rangkaian produk termasuk makanan, kosmetik, barangan keperluan rumah, kelengkapan mandian dan kebanyakan produknya sudah mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sementara yang lain masih dalam senarai menunggu.
Proses pembuatan produk Ana Edar disediakan di bawah piawaian Amalan Pengilangan Islam (IMP) yang mendapat pengiktirafan Jakim.
"Setiap produk yang dihasilkan dalam persekitaran Islam. Tiada sembang-sembang kosong, semua pekerja mempunyai wuduk sepanjang operasi dan sebelum memulakan kerja mereka akan berdoa.
"Buat masa ini, Ana Edar bekerjasama dengan kilang-kilang lain dan merancang untuk mempunyai kilang sendiri suatu hari nanti," jelasnya.
Kata Hasniza, semua kilang-kilang tersebut dipantau bagi memastikan kualiti dan keselamatan produk. Contohnya, produk kosmetik dan mandian tidak menggunakan bahan-bahan karsinogen.
Tahun ini, Ana Edar akan mengadakan siri latihan kepada pengedar dan stokis selain mengadakan siri jelajah ke seluruh Malaysia bagi mendidik masyarakat mengenai kebaikan produk Ana Edar.
Kepada yang berminat, Ana Edar mempelawa orang ramai yang ingin menjadi rakan niaga untuk produk Ana Edar meng hubungi talian 03-61890484 atau layari laman web Ana Edar www.qaseh.info.

Comments

Popular posts from this blog

ADAKAH FIBROID MEMBAHAYAKAN NYAWA?

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundit kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser. Kebanyakkan simptom yang dihadapi oleh wanita ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid, darah haid yang banyak. Kadang-kadang dia boleh menghadang pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean Bagaimana Wanita Boleh Menghidapi Fibroid? Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun, kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid. Fibroid terjadi kebanyakkan pada mereka yang berusia 30-40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin me

BUASIR MEMBAWA MAUT JIKA TIDAK DIRAWAT

APA ITU BUASIR? Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur . Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran. GEJALA Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekitar bahagian dubur. Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur.Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit. AMALAN BAIK MENGELAK BUASIR Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidu

TANDA-TANDA AWAL RESDUNG

Tanda-Tanda Awal RESDUNG Perlu Anda Tahu Antara tanda awal penyakit sinusitis ialah hidung berhingus, berbau busuk dan tersumbat. Pesakit juga mengalami sakit kepala di bahagian dahi dan pipi terutama sewaktu tunduk dan sujud. Hingus yang kuning kehijauan juga boleh terkumpul di bahagian tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk. Penyakit sinusitis boleh dipastikan dengan melakukan x-ray pada rongga sinus. Tanda-tanda penyakit resdung mengikut bahagian badan : Rongga Dahi - Migrain atau sakit kepala - Kelemumur atau gatal-gatal kulit kepala - Keguguran rambut Rongga Mata - Gatal mata, mata berair, bengkak atau sakit - Penglihatan kabur Rongga Hidung - Selsema / bersin berpanjangan - Hidung tersumbat / bernanah / berbau - Kurang deria bau - Sakit di pangkal hidung Rongga Telinga - Gatal dalam lubang telinga - Telinga sakit / bernanah / berbau - Masalah pendengaran Rongga Pipi - Masalah jerawat - Kemerahan di bawah mata dan pipi - Rasa sakit / gatal di muka Rongga