Skip to main content

SENGGUGUT BERBAHAYA ATAU TIDAK ?


APA ITU SENGGUGUT ?

Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar " primary spasmodic dysmenorrhea" dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Ianya dibahagikan kepada dua bahagian seperti senarai dibawah.
 
Senggugut jenis pertama dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan olleh sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”.   

Kesakitan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain.  Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk hingga tergolek-golek. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid bergantung kepada keadaan.

Ramai dikalangan wanita yang risau samada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapatkan anak apa anda tidak percaya. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’

Senggugut jenis kedua ialah ‘congestive dysmenorrhea’ yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimya senggugut yang dialami itu lebih teruk dan lebih panjang waktunya.   Senggugut ini disebabkan oleh sesuatu penyakit dalam alat peranakan. Diantara penyakit ini termasuklah ketumbuhan dalam rahim  seperti ‘endometriosis’, ‘adenomyosis’, ‘fibroids’ dan jangkitan kuman pada perkakas peranakan. Wanita yang mengalami masalah ini perlu bertemu doktor pakar sakit puan.

Comments

Popular posts from this blog

ADAKAH FIBROID MEMBAHAYAKAN NYAWA?

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundit kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser. Kebanyakkan simptom yang dihadapi oleh wanita ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid, darah haid yang banyak. Kadang-kadang dia boleh menghadang pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean Bagaimana Wanita Boleh Menghidapi Fibroid? Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun, kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid. Fibroid terjadi kebanyakkan pada mereka yang berusia 30-40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin me

BUASIR MEMBAWA MAUT JIKA TIDAK DIRAWAT

APA ITU BUASIR? Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur . Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran. GEJALA Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekitar bahagian dubur. Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur.Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit. AMALAN BAIK MENGELAK BUASIR Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidu

TANDA-TANDA AWAL RESDUNG

Tanda-Tanda Awal RESDUNG Perlu Anda Tahu Antara tanda awal penyakit sinusitis ialah hidung berhingus, berbau busuk dan tersumbat. Pesakit juga mengalami sakit kepala di bahagian dahi dan pipi terutama sewaktu tunduk dan sujud. Hingus yang kuning kehijauan juga boleh terkumpul di bahagian tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk. Penyakit sinusitis boleh dipastikan dengan melakukan x-ray pada rongga sinus. Tanda-tanda penyakit resdung mengikut bahagian badan : Rongga Dahi - Migrain atau sakit kepala - Kelemumur atau gatal-gatal kulit kepala - Keguguran rambut Rongga Mata - Gatal mata, mata berair, bengkak atau sakit - Penglihatan kabur Rongga Hidung - Selsema / bersin berpanjangan - Hidung tersumbat / bernanah / berbau - Kurang deria bau - Sakit di pangkal hidung Rongga Telinga - Gatal dalam lubang telinga - Telinga sakit / bernanah / berbau - Masalah pendengaran Rongga Pipi - Masalah jerawat - Kemerahan di bawah mata dan pipi - Rasa sakit / gatal di muka Rongga