Penerus legasi Ana Edar Oleh NURUL IZZA ROSLY izza.rosly@kosmo.com.my HASNIZA bersama sebahagian daripada produk Ana Edar. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Pepatah itu mungkin menjadi pegangan wanita kecil molek, Hasniza Hassan sehingga berjaya membantu mengangkat legasi perniagaan milik arwah bapa mertuanya, Othman Omar. Perniagaan itu diasaskan pada tahun 1983 dengan jenama Ana. Wanita berusia 37 tahun yang pernah bergelar pensyarah itu adalah Pengarah Pembangunan Perniagaan Ana Edar Sdn. Bhd. (Ana Edar). Hasniza membantu Pengarah Urusan Ana Edar, Lokman Othman, 37, yang juga suaminya. Berbekalkan semangat dan tekad untuk meneruskan kelangsungan perniagaan warisan keluarga, pasangan suami isteri yang juga graduan Undang-Undang dan Syariah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berjaya menguruskan perniagaan dengan baik walaupun tanpa sebarang pengalaman dalam bidang perniagaan. Walaupun jenama Ana telah bertapak di pasaran sekitar tahun