Skip to main content

KURMA DAN QASEH

KHASIAT KURMA

Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN

           Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Kita disunatkan berbuka dengan kurma dan kurma ini juga bagus untuk ibu mengandung dan menyusu. Di dalam Al Quran ada dinyatakan mengenai kebaikan memakan kurma bagi ibu mengandung dan bakal melahirkan anak iaitu di dalam surah Maryam ayat 23 ke 26. Ia mengenai kisah Maryam yang sakit untuk bersalin Nabi Isa a.s. Allah memerintahkan Maryam memakan kurma.
            Mengapa kurma amat bagus untuk ibu mengandung dan menyusu. Buah kurma ini penuh dengan khasiat. Mengikut kajian ia mengandungi 15 jenis garam dan mineral, kaya dengan vitamin, mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi 44 ke 88%, kadar serat 6.4 ke 11.5%, kadar protein 2.3 ke 5.6 %, lemak dan minyak antara 0.2 ke 0.5%. Ia juga kaya dengan kalium dan magnesium serta mengandungi boron, kalsium, kobalt, besi, mengenes, fosforus, natrium dan fluorin. Selain itu kurma juga mengandungi vitamin C, B1, B2, A dan asid nikotinik.
Buah ini juga dibina daripada 23 jenis asid amino yang biasanya tidak terdapat dalam kebanyakan buah-buahan lain. Buah kurma juga mengandungi selenium, bahan yang diperlukan untuk sistem pertahanan badan yang mampu mencegah kanser.
Gula dalam kurma adalah jenis glukosa dan fruktosa yang mudah diserap ke darah dalam badan. Karbohiderat dalam kurma wujud dalam bentuk glukosa dan fruktosa, jadi ia mudah diserap dengan segera.
           Semasa sedang dalam proses melahirkan anak, kadar gula dalam darah akan cepat turun dan menyebabkan keletihan pada si ibu. Si ibu memerlukan karbohiderat bagi mengembalikan tenaga dan kalium yang berfungsi menyeimbangkan cecair dalam badan serta dapat memantap fungsi saraf dan otot. Justeru kurma ini sesuai untuk ibu mengandung.

1) HADITH MENGENAI KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".


Comments

Popular posts from this blog

NAK BERJAYA DALAM BISNES MESTI ADA ILMU DAN MENTOR

KAMI KONSULTAN QASEH GOLD BERFIKIRAN POSITIF JIHAD DALAM BISNES UNTUK MENJANA PENDAPATAN MELALUI BISNES MLM PATUH SYARIAH MEMBANTU EKONOMI KELUARGA RAKAN NIAGA USAHAWAN DIPERLUKAN WASSAP "RAKAN NIAGA QASEH" KE 012-514.7907

Syukur Atas Nikmat Allah Yang Sungguh Besar

Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk bernafas, meminjam jantung yang Allah ciptakan sebentar ini, mengepam darah dan oksigen. Subhanallah besarkan kuasa Allah. Entri pertama tahun ini, ingin mengajak kawan-kawan banyakkan bersyukur, belajar untuk menghargai masa, mengurus masa dengan sebaiknya. Sesungguhnya masa juga makhluk Allah. Sesiapa yang berjaya menguruskan masa dengan baik adalah orang yang berjaya. Dalam Surah Al-Asr Allah bersumpah dengan Masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Isi dan uruskan masa dengan perkara yang berfaedah dengan sebaiknya.  Jom kita amalkan dhuha, orang kata nak tambah rezki... sesiapa yang mengerjakan dhuha Allah akan cukupkan rezkinya pada hari itu. Rezki bukanlah harta atau wang ringgit sahaja tetapi juga ketenangan, kebahagiaan, kemudahan dan kebaikan. Sehingga di sini dahulu, biar sedikit asalkan berterusan.

MAHUKAN MILK BOOSTER YANG MURAH LAGI BARAKAH

Mengapa sanggup bayar ratusan ringgit untuk Milk Booster barat, sedangkan makanan sunnah bukan sahaja bertindak sebagai Milk Booster yang berkesan malahan dapat menjaga kesihatan diri dan keluarga.. Cubalah Qaseh Gold sekarang !! Formulasi pelbagai makanan sunnah yang terbukti memperbanyakkan dan memekatkan susu ibu. Saya sendiri konsisten mengamalkan Qaseh Gold untuk membekalkan susu yang berkualiti untuk anak-anak saya sehingga sekarang. Mereka minum sehingga kenyang. Hebat sungguh makana sunnah ni. Jomlah cuba dan alaminya sendiri. LIKE Fan Page:  https://www.facebook.com/sunnahdrinkqasehgold