Skip to main content

KONSEP SUNNAH QASEH


LUQMAN OTHMAN bersama produk makanan tambahan Qaseh.


MENGGUNAKAN konsep Santapan Bersih Jasmani dan Rohani, Qaseh merupakan sejenis produk makanan tambahan yang menggabungkan makanan sunnah dan herba tradisi.
Ia terdiri daripada madu, air zam zam, buah tin, buah zaitun, kurma dan habbatus sauda.
Sementara itu, herba tradisinya merangkumi sirih, zaf'ran, manjakani, daun pegaga dan lain-lain. Produk makanan tambahan Qaseh terdiri daripada dua jenis iaitu untuk lelaki, Qaseh Kekanda manakala untuk wanita, Qaseh Adinda.
Proses pembuatan Qaseh disediakan di bawah piawaian Amalan Pengilangan Islam (IMP) yang telah mendapat pengiktirafan daripada JAKIM.
Menurut Pengarah urusan Ana Edar, Luqman Othman, produk makanan tambahan Qaseh merupakan konsep gabungan Sunnah.

PENGAMBILAN sukatan sekurang-kurangnya 2 kali sehari mampu memberikan tenaga selepas seharian bekerja.


Makanan tambahan Qaseh ini boleh membantu membekalkan tubuh badan dengan zat-zat seperti vitamin, mineral, protein dan sebagainya. Ia juga mampu mempertingkatkan sistem imunisasi tubuh.
"Penghasilan produk Qaseh ini memfokuskan kepada sistem penghadaman dalam tubuh badan dan perbaiki sistem organ dalam tubuh," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Manakala untuk Qaseh Adinda pula, ia mengandungi herba khusus yang sesuai untuk wanita. Ia terdiri daripada herba manjakani dan daun pegaga.

QASEH diyakini mampu membekalkan zat yang diperlukan oleh tubuh badan kita.


Menurut Pengarah Pembangunan Perniagaan, Hasniza Hassan, Qaseh Adinda diyakini mampu untuk memperbaiki sistem peranakan. Ia juga membekalkan nutrien dan baik untuk fungsi penghadaman serta fungsi hati.
"Qaseh mampu membekalkan tenaga selain membekalkan nutrien kepada tubuh badan. Produk ini juga sesuai untuk wanita yang mengalami masalah senggugut dan keputihan.
"Qaseh amat sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan peringkat umur serta boleh dinikmati oleh segenap masyarakat. Sesiapa sahaja boleh menggunakan produk makanan tambahan ini," ujarnya.
Qaseh bukan sahaja untuk keperluan rohani tetapi ia juga mampu memperbaiki emosi. Bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan doa adalah penguat kepada proses penghasilan makanan tambahan Qaseh ini.
Produk Qaseh juga bukan sahaja penting untuk kesihatan tubuh badan, malah ia juga diyakini mampu memperbaiki emosi seseorang dan mampu memberikan respons yang baik. Penggunaan bahan-bahan makanan Sunnah ini, diyakini mampu memberikan kesan positif terhadap kesihatan rohani dan jasmani seseorang itu.
Kini, Ana edar mempunyai lebih 30 jenis rangkaian barangan yang memenuhi keperluan masyarakat Islam khususnya termasuklah barangan penjagaan diri dan kesihatan. Malah, Ana edar mempunyai 70 orang stokis di seluruh Malaysia dan mempunyai kira-kira 30,000 ahli berdaftar.
Selain itu, Ana edar juga mempunyai barangan produk penjagaan luaran. Produk ini seratus peratus menggunakan herba tanpa menggunakan bahan kimia.
Rangkaian produk ini terdiri daripada 3 dalam 1 iaitu pembersih semula jadi bebas bahan kimia dan bahan pengawet. Produk ini sesuai digunakan untuk muka, rambut dan juga badan.
Selain itu terdapat produk krim kulit yang bertindak sebagai pelembap muka dan memperbaiki struktur kulit muka. Manakala untuk theraputic rub iaitu bam mampu melegakan sendi-sendi, sembelit dan menahan rasa mengantuk.
Bertitik tolak dengan memperkenalkan jenama Ana pada tahun 1983, kini perniagaan yang dikenali sebagai Ana Edar. Sdn. Bhd. semakin bertapak kukuh di pasaran sejak 1992.
Ana Edar juga mempelawa mereka yang ingin menjadi rakan niaga untuk produk ana edar. Mereka yang berminat boleh menghubungi Ana Edar Sdn.Bhd, No 9, Jalan 6, Taman Batu Off Greenwood Park, 68100 Batu Caves, Selangor atau hubungi talian, 03-61890484. Untuk sebarang maklumat, anda boleh layari laman web ana edar di www.anaedar.com.

Comments

Popular posts from this blog

ADAKAH FIBROID MEMBAHAYAKAN NYAWA?

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundit kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser. Kebanyakkan simptom yang dihadapi oleh wanita ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid, darah haid yang banyak. Kadang-kadang dia boleh menghadang pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean Bagaimana Wanita Boleh Menghidapi Fibroid? Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun, kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid. Fibroid terjadi kebanyakkan pada mereka yang berusia 30-40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin me

BUASIR MEMBAWA MAUT JIKA TIDAK DIRAWAT

APA ITU BUASIR? Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur . Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran. GEJALA Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekitar bahagian dubur. Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur.Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit. AMALAN BAIK MENGELAK BUASIR Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidu

RADIKAL BEBAS PUNCA PENYAKIT KRONIK

Apa itu Radikal Bebas??? Radikal bebas adalah molekul yang elektronnya tidak mempunyai pasangan. Ini membuat ia menjadi tidak stabil dan tersangat reaktif. Untuk kembali stabil, radikal bebas akan segera merampas elektron dari sebatian yang stabil tetapi lemah pertahanannya. Sebatian tersebut adalah sel badan kita. Pencerobohan ini merosakkan sel, merubah fungsi dan juga DNAnya. Kerosakan ini melibatkan semua sel baru yang mewarisi DNA tersebut. Semakin usia meningkat semakin bertambahlah sel badan yang rosak, justeru semakin banyaklah fungsi semula- jadi badan yang tergendala dan ianya mengundang berbagai masalah kesihatan. Antaranya kanser, arthritis, kencing manis, penyakit buah pinggang, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, buta akibat usia dan lain-lain penyakit degeneratif. Dalam Qaseh Gold ada Anti Oksidan??? Antioksidan menstabilkan radikal bebas, hasil sampingan proses penjanaan tenaga oleh badan kita, yang membahayakan. Radikal bebas boleh merosakan sel tubuh,