KENALI TANDA-TANDANYA... Penyakit jantung merupakan pembunuh no 1 di negara kita. Sebab itu kita harus mengenal pasti simptom-simptom yang sering terjadi kepada keluarga terdekat dan pastikan dibawa ke hospital dengan kadar segara. Jika tidak, ia akan memudaratkan dan kemungkinan boleh menyebabkan kematian sekiranya masalah jantung tersebut betul-betul serius. 1. Sakit dada Sakit dada merupakan simptom yang paling kerap berlaku kepada pesakit. Pesakit akan mengadu sakit di bahagian dada sama ada ditengah atau di sebelah kiri. Pesakit mengatakan sakit tersebut turut dirasakan di bahagian leher, kiri bahu dan juga lengan kiri. Selalunya jika sakit tersebut tidak serius, ia cuma mengambil masa yang singkat untuk lega. Sama ada 5 minit hingga 10 minit. Tetapi sekiranya sakit tersebut serius ia boleh mengambil masa lebih dari 20 minit. Ubat bawah lidah (GTN) akan diberikan kepada pesakit untuk menghilangkan rasa sakit tersebut. Sekiranya pesakit masih juga tidak lega selepa