KENALI TANDA-TANDANYA...
Penyakit
jantung merupakan pembunuh no 1 di negara kita. Sebab itu kita harus mengenal
pasti simptom-simptom yang sering terjadi kepada keluarga terdekat dan pastikan
dibawa ke hospital dengan kadar segara. Jika tidak, ia akan memudaratkan dan
kemungkinan boleh menyebabkan kematian sekiranya masalah jantung tersebut
betul-betul serius.
1.
Sakit dada
Sakit
dada merupakan simptom yang paling kerap berlaku kepada pesakit. Pesakit akan
mengadu sakit di bahagian dada sama ada ditengah atau di sebelah kiri. Pesakit
mengatakan sakit tersebut turut dirasakan di bahagian leher, kiri bahu dan juga
lengan kiri. Selalunya jika sakit tersebut tidak serius, ia cuma mengambil masa
yang singkat untuk lega. Sama ada 5 minit hingga 10 minit. Tetapi sekiranya
sakit tersebut serius ia boleh mengambil masa lebih dari 20 minit. Ubat bawah
lidah (GTN) akan diberikan kepada pesakit untuk menghilangkan rasa sakit
tersebut. Sekiranya pesakit masih juga tidak lega selepas ubat tersebut
diberikan, pesakit mungkin mengalami infarksi jantung (myocardial infarction)
Sakit
dada boleh berlaku semasa melakukan aktiviti mahupun berehat. Sekiranya sakit
tersebut berlaku semasa melakukan kerja-kerja berat, penyakit tersebut tidak
seteruk apabila pesakit mengadu ketika rehat.
Tetapi
tidak semestinya pesakit yang mengadu sakit dada mengalami masalah jantung.
Mereka juga boleh mengalami masalah saluran makanan seperti esophagus atau
mengalami masalah gastrik di mana simptom tersebut menyerupai seperti sakit
jantung.
Terdapat
juga pesakit yang tidak mengadu sakit dada, tetapi mempunyai simptom-simptom
lain seperti dibawah. Mereka berkemungkinan mempunyai sejarah kencing manis di
mana saluran saraf rasa (sensation) sudah rosak.
2.
Sesak nafas
Mereka
juga sering mengalami sesak nafas terutama apabila mereka melakukan aktiviti.
Penyakit jantung boleh menjadi semakin serius sekiranya mereka mudah mengalami
sesak nafas walaupun melakukan kerja-kerja ringan. Malah untuk menaiki tangga
atau pergi tandas sekalipun mereka boleh mengadu sesak nafas.
Mereka
juga boleh mengadu sakit dada pada waktu yang sama mahupun pada waktu yang
berlainan.
Pesakit
yang mengalami jantung gagal berfungsi ( cardiac failure), mereka sering
menggunakan dua atau lebih bantal untuk tidur. Jika tidak mereka mudah untuk sesak
nafas. Kadang-kala mereka boleh terjaga secara tiba-tiba pada waktu malam
disebabkan kesukaran untuk bernafas.
3.
Bengkak Kaki
Bengkak
kaki sering berlaku kepada pesakit yang mengalami kegagalan jantung berfungsi.
Mereka mendapati kaki mereka menjadi bengkak dan berat. Jika anda tekan pada
bahagian buku lali, anda dapat lihat bentuk jari anda hasil tekanan tersebut.
4.
Mudah berpeluh
Sering
berlaku diwaktu malam ketika tidur sehinggakan terpaksa menukar pakaian
berkali-kali. Ia juga boleh berlaku tidak kira waktu.
5.
Sering berdebar-debar
Sering
berdebar bukan perkara yang biasa berlaku kepada semua pesakit. Sesetengah
pesakit mempunyai masalah berdebar dan setengah pesakit tidak.
Pesakit
mungkin mengadu sakit ketika berjalan dan penyakit jantung juga boleh
menyebabkan pesakit pengsan disebabkan oksigen tidak dapat sampai ke otak.
Dengan panduan ini, moga ia dapat memudahkan anda mengetahui serba sedikit
tentang penyakit jantung.
untuk sakit jantung atau saluran tersumbat better amik qaseh gold adinda atau kekanda?sole perlu ambil sekali ke?
ReplyDelete