Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk bernafas, meminjam jantung yang Allah ciptakan sebentar ini, mengepam darah dan oksigen. Subhanallah besarkan kuasa Allah. Entri pertama tahun ini, ingin mengajak kawan-kawan banyakkan bersyukur, belajar untuk menghargai masa, mengurus masa dengan sebaiknya. Sesungguhnya masa juga makhluk Allah. Sesiapa yang berjaya menguruskan masa dengan baik adalah orang yang berjaya.
Dalam Surah Al-Asr Allah bersumpah dengan Masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Isi dan uruskan masa dengan perkara yang berfaedah dengan sebaiknya.
Jom kita amalkan dhuha, orang kata nak tambah rezki... sesiapa yang mengerjakan dhuha Allah akan cukupkan rezkinya pada hari itu. Rezki bukanlah harta atau wang ringgit sahaja tetapi juga ketenangan, kebahagiaan, kemudahan dan kebaikan.
Sehingga di sini dahulu, biar sedikit asalkan berterusan.
Comments
Post a Comment