Skip to main content

FAEDAH MENYUSUKAN SI MANJA


 
>>Penyusuan badan juga membantu bayi anda melawan infeksi semasa bulan-bulan pertama kehidupan. Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu melindungi bayi anda daripada penyakit seperti kuman dalam perut (gastroenteritis), selesema, infeksi urinari dan jangkitan telinga. 

>>Susu ibu juga mengurangkan risiko bayi mendapat kondisi alergik seperti asma dan ekzema.

>>Ia juga boleh mengurangkan risiko bayi mendapat penyakit serius seperti kencing manis kanak-kanak dan leukemia. 

>>Selain antibodi dalam susu anda, badan anda berfungsi menghasilkan antibodi-antibodi baru sebaik saja anda terdedah kepada infeksi. Antibodi-antibodi ini dipindahkan ke susu anda, sedia untuk diterima bayi sebaik saja dia mendapat penyusuan badan yang seterusnya. 

>>Susu ibu mempunyai rantai ganda asid lemak politaktepu, yang penting untuk membantu perkembangan otak bayi. Penyusuan ibu semasa bulan-bulan pertama akan memperbaiki perkembangan kognitif bayi anda. Secara teori, ini bermakna menyusu badan boleh membuat bayi anda lebih pintar. 

FAEDAH MENYUSU BADAN KEPADA IBU

>>Penyusuan badan juga merupakan pilihan yang paling sihat bagi anda. Ia mengurangkan risiko di usia tua anda mendapat kanser payudara pra-menopaus, kanser ovari dan retak tulang dari osteoporosis.

>>membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah selepas bersalin

>>Dari sudut praktikal, satu faedah besar penyusuan badan ialah ianya sangat mudah diurus. Tiada apa untuk dicuci, disteril atau disediakan. Anda dan bayi anda akan gembira melakukannya, dan anda akan merasakan satu kepuasan melihat sicomel membesar dan berkembang. Dan semua itu disebabkan usaha anda! 

**Banyak faedah dan kebaikan menyusu badan. Jadi tidak rugi kepada anda yg sudah atau sedang atau akan menyusukan anak.




Comments

Popular posts from this blog

NAK BERJAYA DALAM BISNES MESTI ADA ILMU DAN MENTOR

KAMI KONSULTAN QASEH GOLD BERFIKIRAN POSITIF JIHAD DALAM BISNES UNTUK MENJANA PENDAPATAN MELALUI BISNES MLM PATUH SYARIAH MEMBANTU EKONOMI KELUARGA RAKAN NIAGA USAHAWAN DIPERLUKAN WASSAP "RAKAN NIAGA QASEH" KE 012-514.7907

Syukur Atas Nikmat Allah Yang Sungguh Besar

Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk bernafas, meminjam jantung yang Allah ciptakan sebentar ini, mengepam darah dan oksigen. Subhanallah besarkan kuasa Allah. Entri pertama tahun ini, ingin mengajak kawan-kawan banyakkan bersyukur, belajar untuk menghargai masa, mengurus masa dengan sebaiknya. Sesungguhnya masa juga makhluk Allah. Sesiapa yang berjaya menguruskan masa dengan baik adalah orang yang berjaya. Dalam Surah Al-Asr Allah bersumpah dengan Masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Isi dan uruskan masa dengan perkara yang berfaedah dengan sebaiknya.  Jom kita amalkan dhuha, orang kata nak tambah rezki... sesiapa yang mengerjakan dhuha Allah akan cukupkan rezkinya pada hari itu. Rezki bukanlah harta atau wang ringgit sahaja tetapi juga ketenangan, kebahagiaan, kemudahan dan kebaikan. Sehingga di sini dahulu, biar sedikit asalkan berterusan.

MAHUKAN MILK BOOSTER YANG MURAH LAGI BARAKAH

Mengapa sanggup bayar ratusan ringgit untuk Milk Booster barat, sedangkan makanan sunnah bukan sahaja bertindak sebagai Milk Booster yang berkesan malahan dapat menjaga kesihatan diri dan keluarga.. Cubalah Qaseh Gold sekarang !! Formulasi pelbagai makanan sunnah yang terbukti memperbanyakkan dan memekatkan susu ibu. Saya sendiri konsisten mengamalkan Qaseh Gold untuk membekalkan susu yang berkualiti untuk anak-anak saya sehingga sekarang. Mereka minum sehingga kenyang. Hebat sungguh makana sunnah ni. Jomlah cuba dan alaminya sendiri. LIKE Fan Page:  https://www.facebook.com/sunnahdrinkqasehgold