Skip to main content

Diari Hamil Bersama Qaseh Gold Adinda

Assalamualaikum semua, para bakal ibu dan ibu, saya ingin berkongsi pengalaman setelah mengamalkan Qaseh Gold Adinda sejak beberapa tahun yang lalu, pahit manis, mengandung, melahirkan & menyusukan anak,  saya amat bersyukur kerana diketemukan dengan qaseh. Saya berminat untuk menggunakan qaseh pada mulanya sebelum saya hamil lagi. Disebabkan masalah haid yang tak teratur, selalu stress dll yang berkaitan. Saya fikir mungkin itu punca saya lambat hamil. Setelah mencubanya selama 6 bulan barulah saya disahkan hamil, alhamdulillah macam tak percaya pada mulanya. Memang haid kembali teratur dan stress pun dah berkurang. Saya suka rasanya. Sepanjang hamil tak de masalah alahan teruk hanya beberapa kali sahaja. Saya bersyukur dapat melalui saat hamil dengan baik. Cuma kelahiran pertama saya terpaksa ceaser sebab songsang. Disaat akhir utk pembedahan saya masih ambil qaseh, setelah pembedahan kena rehat di hospital 3 hari, masa tu baby masih dalam nicu, saya minum kerap qaseh utk beri tenaga, tambahan pula nurse asyik suruh bangun dan gerakkan badan. Memang sakit sangat nak gerak tapi kuatkan semangat. Nak ceritanya, susu untuk anak sulong saya mencurah-curah basah baju, memang rezeki yang Allah tetapkan untuk Muhammad Al-Fateh, sampai sekarang masih kuat minum susu ummi. Alhamdulillah rezeki datang bertimpa, Muhammad Al-Fateh baru 10 bulan saya disahkan hamil lagi. Rasa risau pun ada sebab doktor dah pesan kena jarakkan sehingga genap 2 tahun. oh.. tak pe saya konsisten amal qaseh, sambil kaji pro n kon. Setiap kali pi check klinik mesti nurse bising, tapi saya senyap je. Doa tak putus moga Allah permudahkan dan selamatkan saya dan baby. Alhamdulillah sehingga saat terakhir doktor sahkan saya boleh bersalin normal, kesan parut ceaser baik. Syukur sangat Allah je yang tahu. Suami sahaja tempat mengadu saat sedih dan gembira. Sebelum ditolak masuk ke bilik bersalin memang telan qaseh banyak utk bagi tenaga, kelahiran kedua ni ambil masa lama sebab first time bersalin normal dan tiada pengalaman. Alhamdulillah, baby kedua disambut doktor muslimah. Alhamdulillah saya lalui saat berpantang dan susu pun memang cukup utk kedua baby saya. Saya memilih utk menyusukan keduanya sekali, memang ada tentangan dan kritikan tapi saya yakin tiada salahnya. Sehingga kini masih mengamalkan untuk beri tenaga sebab surirumah ni kerjanya tak berhenti sejak dari bangun pagi sehingga tengah malam atau pagi masih berjaga. 1001 kerja non stop, tanggungjawab kepada suami dan anak-anak. Kualiti bersama yang patut kita hargai. Selagi kita hidup kita perlu sentiasa sihat untuk melaksanakan tugas dan amanah Allah. Qaseh Gold Adinda & Sole adalah  teman terbaik saya juga semua ibu yang hamil di luar sana.

Comments

Popular posts from this blog

NAK BERJAYA DALAM BISNES MESTI ADA ILMU DAN MENTOR

KAMI KONSULTAN QASEH GOLD BERFIKIRAN POSITIF JIHAD DALAM BISNES UNTUK MENJANA PENDAPATAN MELALUI BISNES MLM PATUH SYARIAH MEMBANTU EKONOMI KELUARGA RAKAN NIAGA USAHAWAN DIPERLUKAN WASSAP "RAKAN NIAGA QASEH" KE 012-514.7907

Syukur Atas Nikmat Allah Yang Sungguh Besar

Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk bernafas, meminjam jantung yang Allah ciptakan sebentar ini, mengepam darah dan oksigen. Subhanallah besarkan kuasa Allah. Entri pertama tahun ini, ingin mengajak kawan-kawan banyakkan bersyukur, belajar untuk menghargai masa, mengurus masa dengan sebaiknya. Sesungguhnya masa juga makhluk Allah. Sesiapa yang berjaya menguruskan masa dengan baik adalah orang yang berjaya. Dalam Surah Al-Asr Allah bersumpah dengan Masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Isi dan uruskan masa dengan perkara yang berfaedah dengan sebaiknya.  Jom kita amalkan dhuha, orang kata nak tambah rezki... sesiapa yang mengerjakan dhuha Allah akan cukupkan rezkinya pada hari itu. Rezki bukanlah harta atau wang ringgit sahaja tetapi juga ketenangan, kebahagiaan, kemudahan dan kebaikan. Sehingga di sini dahulu, biar sedikit asalkan berterusan.

MAHUKAN MILK BOOSTER YANG MURAH LAGI BARAKAH

Mengapa sanggup bayar ratusan ringgit untuk Milk Booster barat, sedangkan makanan sunnah bukan sahaja bertindak sebagai Milk Booster yang berkesan malahan dapat menjaga kesihatan diri dan keluarga.. Cubalah Qaseh Gold sekarang !! Formulasi pelbagai makanan sunnah yang terbukti memperbanyakkan dan memekatkan susu ibu. Saya sendiri konsisten mengamalkan Qaseh Gold untuk membekalkan susu yang berkualiti untuk anak-anak saya sehingga sekarang. Mereka minum sehingga kenyang. Hebat sungguh makana sunnah ni. Jomlah cuba dan alaminya sendiri. LIKE Fan Page:  https://www.facebook.com/sunnahdrinkqasehgold