Skip to main content

ADAKAH FIBROID MEMBAHAYAKAN NYAWA?


Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundit kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser.
Kebanyakkan simptom yang dihadapi oleh wanita ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid, darah haid yang banyak. Kadang-kadang dia boleh menghadang pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean

Bagaimana Wanita Boleh Menghidapi Fibroid?

Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun, kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid. Fibroid terjadi kebanyakkan pada mereka yang berusia 30-40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin meningkat dan takat estrogen yang semakin rendah, fibroid juga akan susut secara sendirinya.


Apakah Simptom Yang Dihadapi Wanita?


Kebanyakkan wanita tidak mengetahui mereka mempunyai fibroid kerana ia jarang memberikan masalah tetapi sekiranya ia terlalu besar dan berada pada ruang saluran, pesakit akan mengalami:

- Sakit semasa haid (senggugut)
- Sakit belakang
- Haid yang banyak
- Sembelit
- Kencing kerap
- Keguguran yang kerap
- Sukar mengandung 
Bagaimana Fibroid Dapat Dikesan?
Kebanyakkan fibroid dikesan secara tidak sengaja kerana ia sering tidak memberi sebarang gejala. Sekiranya anda merasa sesuatu bengkak pada bahagian bawah perut, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui punca pada bengkak tersebut. Ujian ultrasound scan dengan senang akan dapat membezakan samada bengkak itu berasal dari firoid atau ovari.


Bagaimana Fibroid Ini Dirawat? 

Kebanyakkan fibroid tidak memerlukan rawatan tetapi doktor anda akan mempertimbangkan atau menyarankan rawatan bergantung kepada

- Sebanyak mana haid dan sakit senggugut yang anda hadapi 
- Berapa cepat fibroid tersebut membesar
- Usia anda kerana fibroid akan mengecil apabila mencapai usia menopos
- Keinginan anda untuk mendapatkan anak, kerana fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan dan kesukaran untuk mengandung
Sekiranya anda memang memerlukan rawatan, terdapat dua jenis pembedahan yang akan disarankan. Satu dinamakan myomectomy dimana ketumbuhan itu sahaja yang akan dibedah dan dibuang oleh doktor, manakala hysterectomy pula adalah pembedahan membuang kesemua rahim dan selalunya dibuat kepada wanita yang hampir mencapai usia menopos dan mereka yang tidak lagi mahukan anak.

Bagi mereka yang masih inginkan zuriat, myomectomy adalah pilihan terbaik. Walaubagaimanpun, risiko pendarahan semasa pembedahan adalah lebih tinggi tinggi berbanding hysterectomy.

Ada juga ubat yang boleh mengecutkan fibroid tetapi ia mempunyai kesan sampingan dan keberkesanannya pula tidak begitu memuaskan kerana fiboid akan tumbuh semula selepas ubat tersebut habis dimakan.

Selepas myomectomy, terdapat 25% risiko untuk fibroid membesar semula dalam masa 10 tahun. Satu -Satunya prosedur yang boleh memastikan yang fibroid tidak tumbuh semula ialah melalui hysterectomy.



Bagaimana Untuk Menghindar Dari Mendapat Penyakit Fibroid Ini?

Malangnya tiada cara yang boleh kita hindari untuk mengelak dari fibroid kerana ia tiada kaitan dengan pemakanan atau gaya hidup dan ia juga bukan sejenis penyakit keturunan.
TESTIMONI QASEH GOLD ADINDA
Berikhtiarlah dengan Qaseh Gold, In Sya Allah dengan keberkatan buah-buahan sunnah dan herba terpilih membantu mengelakkan dan menyembuhkan penyakit yang dihidapi.

Comments

Popular posts from this blog

NAK BERJAYA DALAM BISNES MESTI ADA ILMU DAN MENTOR

KAMI KONSULTAN QASEH GOLD BERFIKIRAN POSITIF JIHAD DALAM BISNES UNTUK MENJANA PENDAPATAN MELALUI BISNES MLM PATUH SYARIAH MEMBANTU EKONOMI KELUARGA RAKAN NIAGA USAHAWAN DIPERLUKAN WASSAP "RAKAN NIAGA QASEH" KE 012-514.7907

Syukur Atas Nikmat Allah Yang Sungguh Besar

Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk bernafas, meminjam jantung yang Allah ciptakan sebentar ini, mengepam darah dan oksigen. Subhanallah besarkan kuasa Allah. Entri pertama tahun ini, ingin mengajak kawan-kawan banyakkan bersyukur, belajar untuk menghargai masa, mengurus masa dengan sebaiknya. Sesungguhnya masa juga makhluk Allah. Sesiapa yang berjaya menguruskan masa dengan baik adalah orang yang berjaya. Dalam Surah Al-Asr Allah bersumpah dengan Masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Isi dan uruskan masa dengan perkara yang berfaedah dengan sebaiknya.  Jom kita amalkan dhuha, orang kata nak tambah rezki... sesiapa yang mengerjakan dhuha Allah akan cukupkan rezkinya pada hari itu. Rezki bukanlah harta atau wang ringgit sahaja tetapi juga ketenangan, kebahagiaan, kemudahan dan kebaikan. Sehingga di sini dahulu, biar sedikit asalkan berterusan.

MAHUKAN MILK BOOSTER YANG MURAH LAGI BARAKAH

Mengapa sanggup bayar ratusan ringgit untuk Milk Booster barat, sedangkan makanan sunnah bukan sahaja bertindak sebagai Milk Booster yang berkesan malahan dapat menjaga kesihatan diri dan keluarga.. Cubalah Qaseh Gold sekarang !! Formulasi pelbagai makanan sunnah yang terbukti memperbanyakkan dan memekatkan susu ibu. Saya sendiri konsisten mengamalkan Qaseh Gold untuk membekalkan susu yang berkualiti untuk anak-anak saya sehingga sekarang. Mereka minum sehingga kenyang. Hebat sungguh makana sunnah ni. Jomlah cuba dan alaminya sendiri. LIKE Fan Page:  https://www.facebook.com/sunnahdrinkqasehgold