Asma
adalah sejenis penyakit kronik yang diakibatkan oleh radang saluran
pernafasan iaitu keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit
secara tiba-tiba yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah
kerana saluran pernafasan tersebut amat sensitif kepada bahan-bahan
alahan tertentu.
Di antara faktor penyebab asma termasuklah:-
1. Faktor keturunan
Pada
asma ekstrinsik, faktor keturunan adalah cukup ketara. Biasanya salah
seorang ataupun, kedua-dua ibubapa mempunyai penyakit seperti ekzema, asma dan resdung.
2. Bahan alahan
Bahan-bahan
alahan di dalam rumah atau di tempat kerja, memainkan peranan utama
dalam pencetus asma. Sumber bahan alahan adalah seperti kain bulu, serat
kapas, permaidani, debu, kutu hama, debunga, bulu haiwan dan lain-lain lagi.
3. Serangga rumah
Serangga
rumah yang sering dikaitkan dengan alahan asma ialah lipas. Lipas yang
mati menjadi kering dan kemudian hancur menjadi serbuk yang tersangat
ringan untuk diapungkan oleh udara yang bergerak.
4. Pencemaran udara
Pencemaran udara daripada asap rokok, asap kenderaan dan asap kilang juga menjadi faktor penyakit asma.
5. Senaman
Senaman yang bertenaga seperti lumba lari, bola sepak dan seumpama dengannya merupakan pencetus penyakit asma.
6. Cuaca
Udara sejuk dari kawasan pergunungan dan pendingin udara juga merupakan perangsang pada sesetengah pesakit.
SALAM SIS...minta izin nak share info di atas yer..terima qaseh.. qasehgoldsharifah.blogspot.com
ReplyDelete