Skip to main content

KESAN BURUK STRES


Stres dapat menjadi pendorong kepada sesuatu tindakan dan pencapaian serta boleh menimbulkan masalah kesihatan. Stres merupakan hasil interaksi antara peristiwa persekitaran dengan individu. Paras stres yang dihasilkan akan bergantung kepada sumber tekanan dan cara individu tersebut bertindak balas.
Stres memberi kesan terhadap emosi seseorang. Emosi seseorang itu akan terganggu dan perasaan risau sentiasa menghantuinya. Selain itu, seseorang itu mengalami ketegangan fikiran dan tidak dapat membuat keputusan dengan baik. Stres juga menyebabkan seseorang itu berasa seolah-olah otaknya sentiasa letih dan penat berfikir.Stres mengubah sikap seseorang itu daripada seorang yang sabar kepada cepat marah dan sentiasa mengeluh. Kadang-kadang, seseorang itu juga menunjukkan perasaan runsing, kecewa dan mudah menangis. Stres yang tidak terkawal akan menyebabkan perasaan cemas, sensitif, murung, sukar tidur dan hilang selera makan.
Stres juga mendatangkan ancaman penyakit kepada kesihatan seseorang. Apabila seseorang itu mengalami stres, kadar denyutan jantung menjadi cepat dan menyebabkan tekanan darah turut meningkat. Sistem penghadaman juga menjadi perlahan dan beberapa bahan kimia dalam tubuh dilepaskan supaya darah lebih mudah bergumpal. Selain itu, kadar pernafasan yang semakin laju menyebabkan otot-otot menjadi tegang. Hal yang demikian menyebabkan kadar perpeluhan yang meningkat. Penyakit seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi dan strok mudah menyerang seseorang yang mengalami stress.
Stres juga memberi ketidakselesaan kepada seseorang. Apabila stres, seseorang itu akan mengalami denyutan jantung yang laju dan tidak tetap. Hal ini demikian kerana otot-otot menjadi tegang dan mengakibatkan dada berasa tidak selesa. Secara fizikalnya, seseorang itu akan mengalami sakit kepala dan kadang-kadang muntah. Stres juga menyebabkan seseorang itu kerap membuang air kecil. Tubuh badan akan berasa letih, lesu dan lemah. Mulut dan tekak akan menjadi kering dan menyebabkan seseorang itu berasa tidak selesa. Selain itu, masalah kulit seperti psoriasis, eczema dan jerawat juga timbul.
Kesimpulannya, stres atau tekanan yang dialami oleh seseorang individu merupakan tindak balas daripada ketidakupayaan seseorang menangani masalah yang sedang dihadapi. Sekiranya tekanan atau stres ini tidak ditangani, akan memudaratkan individu tersebut baik daripada aspek fizikal, mental, emosi mahupun aktiviti sosial mereka.

Comments

Popular posts from this blog

NAK BERJAYA DALAM BISNES MESTI ADA ILMU DAN MENTOR

KAMI KONSULTAN QASEH GOLD BERFIKIRAN POSITIF JIHAD DALAM BISNES UNTUK MENJANA PENDAPATAN MELALUI BISNES MLM PATUH SYARIAH MEMBANTU EKONOMI KELUARGA RAKAN NIAGA USAHAWAN DIPERLUKAN WASSAP "RAKAN NIAGA QASEH" KE 012-514.7907

Syukur Atas Nikmat Allah Yang Sungguh Besar

Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk bernafas, meminjam jantung yang Allah ciptakan sebentar ini, mengepam darah dan oksigen. Subhanallah besarkan kuasa Allah. Entri pertama tahun ini, ingin mengajak kawan-kawan banyakkan bersyukur, belajar untuk menghargai masa, mengurus masa dengan sebaiknya. Sesungguhnya masa juga makhluk Allah. Sesiapa yang berjaya menguruskan masa dengan baik adalah orang yang berjaya. Dalam Surah Al-Asr Allah bersumpah dengan Masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Isi dan uruskan masa dengan perkara yang berfaedah dengan sebaiknya.  Jom kita amalkan dhuha, orang kata nak tambah rezki... sesiapa yang mengerjakan dhuha Allah akan cukupkan rezkinya pada hari itu. Rezki bukanlah harta atau wang ringgit sahaja tetapi juga ketenangan, kebahagiaan, kemudahan dan kebaikan. Sehingga di sini dahulu, biar sedikit asalkan berterusan.

MAHUKAN MILK BOOSTER YANG MURAH LAGI BARAKAH

Mengapa sanggup bayar ratusan ringgit untuk Milk Booster barat, sedangkan makanan sunnah bukan sahaja bertindak sebagai Milk Booster yang berkesan malahan dapat menjaga kesihatan diri dan keluarga.. Cubalah Qaseh Gold sekarang !! Formulasi pelbagai makanan sunnah yang terbukti memperbanyakkan dan memekatkan susu ibu. Saya sendiri konsisten mengamalkan Qaseh Gold untuk membekalkan susu yang berkualiti untuk anak-anak saya sehingga sekarang. Mereka minum sehingga kenyang. Hebat sungguh makana sunnah ni. Jomlah cuba dan alaminya sendiri. LIKE Fan Page:  https://www.facebook.com/sunnahdrinkqasehgold